Khamis, 13 Januari 2022

Old Street, Batu Pahat

 OLD STREET, Batu Pahat.

Memang sudah tidak asing lagi Old Street di Batu Pahat, dimana Old Street baru-baru ini telahpun viral sebagai lubuk makanan, lubuk membeli belah dan tempat hiburan di aplikasi Tiktok.

Bangunan itu terletaknya di Jalan Parit Besar dan berdekatan dengan Batu Pahat Mall.

Apa yang lebih menarik tentang Old Street ini adalah disebabkan keunikan bahagian atas bumbungnya yang cantik dan sesuai untuk sesi mengambil gambar.

Bagi peminat makanan korea, anda memang WAJIB singgah ke Old Street untuk makan di KOKODAK Korean Restaurant kerana harganya yang murah. Sebahagian pekerja-pekerjanya juga merupakan orang korea. 

Selain Kokodak, terdapat juga kedai-kedai lain seperti KFRY, Family Mart, Subway, Nippon Shushi serta terdapatnya cawangan llaollao yang pertama di Batu Pahat, dan banyak lagi yang menarik! Tunggu apa lagi, jomm singgah ke OLD STREET!



Jalan dan bangunan old street yang bertemakan classic


KFRY, Old Street



KOKODAK, Old Street

llaollao, Old Street.

Bangunan old Street

Batu Pahat Golf Club

 PADANG GOLF, Batu pahat.

Merupakan tempat bermain golf yang dihiasi dengan keindahan flora yang menghijau

Pemandangan alam semula jadi yang menghijau membolehkan pengunjung menikmati ketenangan dan kedamaian yang luar biasa.

Lokasi terletak di Jalan Dato Mohd, Shah, Taman Koperasi.

Bagi yang berminat dengan aktiviti sukan seperti golf amatlah dialu-alukan untuk mengunjunginya. Lokasi tersebut tidak terhad kepada penggemar sukan golf sahaja, orang awam juga dibolehkan untuk masuk.

Pemandangan yang menakjubkan sesuai untuk aktiviti sukan golf dan juga aktiviti berkelah bersama keluarga.






- Suasana padang golf yang menghijau -











Jalan Pasar, Batu Pahat

JALAN PASAR, Batu Pahat.

Kawasan Mural dan hiasan dinding berwarna warni.

Mural-mural dan hiasan dinding yang berada di sebelah Pasar Pagi Jalan Ibrahim yang baru dibuka menarik perhatian terutamanya kepada gologan muda.

Kombinasi warna yang cantik dan hiasan yang indah di sebalik bangunan-bangunan bersejarah lama di sekitar situ menjadikannya tempat yang sesuai untuk aktiviti swafoto instagram dan OOTD ( Outfit Of The Day). 



Mural dinding dengan warna yang meriah


Selain itu, di satu sudut terdapat juga kawasan mural dan hiasan diding yang unik terletak di Jalan engan. Mural-mural di sini unik kerana kebanyakkannya bermotifkan makanan dan buah-buahan , sinonim dengan status Batu Pahat sebagai Syurga Makanan No. 1 Malaysia (Nasi Beriyani, Asam Pedas Power, Mee Rachun).

Mural yang baru ini siap dilaksanakan oleh pihak MPBP Johor.
Sambil-sambil ke pasar boleh lah ngeteh kejap ke Ramly Kopitiam dan seterusnya bersiar-siar di kawasan mural yang berada di lorong belakang.




Design By Genz Studio

Pasar Pagi Jalan Ibrahim pada tahun 2021


Rabu, 12 Januari 2022

Pantai minyak Beku

 PANTAI Minyak Beku, Batu Pahat Johor.

Merupakan salah satu tarikan pelancong dan turut mempunyai sejarahnya yang tersendiri apabila turut menjadi perkampungan pertama di Batu Pahat.

Berjarak lapan kilometer dari bandar Penggaram dan mempunyai kawasan yang luas serta dipenuhi batu-bata besar yang menyerikan lagi pemandangan.

Pantai ini sesuai untuk kunjungan orang ramai untuk melakukan aktiviti rekreasi seperti memancing, berkelah pada waktu siang dan membuat aktiviti BBQ bersama keluarga dan rakan-rakan pada waktu malam.



Suasana pantai ketika matahari terbenam



Batu-batu besar di persisiran pantai

Old Street, Batu Pahat

 OLD STREET, Batu Pahat. Memang sudah tidak asing lagi Old Street di Batu Pahat, dimana Old Street baru-baru ini telahpun viral sebagai lubu...