MAKANAN, Batu Pahat.
Mee Bandung" "مي بندوڠ"
Mee Bandung Batu Pahat yang terletak di Gerai Makan Odeon berhadapan dengan Hotel Garden Batu Pahat. Untuk ke sana dari Bandar Muar, sebelum Jambatan Batu Pahat, "Benteng" terletak di sebelah kiri. Antara makanan yang popular di sini ialah "mi racun". Batu Pahat juga terkenal dengan pelbagai jenis sup yang boleh didapati di gerai yang terkenal di BP Walk.
Mee rebus dan nasi lemak مي ربوس دان ناسي لمق
Ingin merasai kenikmatan mee rebus asli dan nasi lemak terbaik di Batu Pahat singgah ke sebuah warung kecil di Jalan Zabedah berdekatan Wisma Sing Long pisang goreng juga terdapat di situ.
Mee Racun مي راچون
Mee yang dimasak bersama sos pedas dan air rebusan daging kambing. Mee racun menggunakan bahan-bahan seperti mee kuning, kentang, telur goreng, dan daging kambing.
Asam pedas اسم ڤدس
Terdapat pelbagai restoran dan gerai makan yang menawarkan asam pedas pelbagai jenis ikan seperti di:
Yana Asam Pedas Batu Pahat (Jalan Syahbandar/Taman Flora Utama)
Asam Pedas Pak Ali (Jalan Syahbandar)
Asam Pedas Mak Limah (Jalan Rogayah)
Gerai Asam Pedas Ibu (Persimpangan Jalan Parit Jalil, Parit Sulong)
Nasi Bariani ناسي بريياني
Teratak Noor Bariani - Restoran ini terletak di Batu 4, Jalan Kluang berhadapan dengan Masjid Jamek Sri Beroleh dan bersebelahan dengan Shell
Tiada ulasan:
Catat Ulasan