OLD STREET, Batu Pahat.
Memang sudah tidak asing lagi Old Street di Batu Pahat, dimana Old Street baru-baru ini telahpun viral sebagai lubuk makanan, lubuk membeli belah dan tempat hiburan di aplikasi Tiktok.
Bangunan itu terletaknya di Jalan Parit Besar dan berdekatan dengan Batu Pahat Mall.
Apa yang lebih menarik tentang Old Street ini adalah disebabkan keunikan bahagian atas bumbungnya yang cantik dan sesuai untuk sesi mengambil gambar.
Bagi peminat makanan korea, anda memang WAJIB singgah ke Old Street untuk makan di KOKODAK Korean Restaurant kerana harganya yang murah. Sebahagian pekerja-pekerjanya juga merupakan orang korea.
Selain Kokodak, terdapat juga kedai-kedai lain seperti KFRY, Family Mart, Subway, Nippon Shushi serta terdapatnya cawangan llaollao yang pertama di Batu Pahat, dan banyak lagi yang menarik! Tunggu apa lagi, jomm singgah ke OLD STREET!